aku mencari seorang insan bernama lelaki
untuk menjadi pembimbing diri diri
di kala hati yang pernah terisi dulu kembali kosong
ajarkanlah kau amalan terpuji pastinya dirimu menjadi contoh di hati
bagi seorang wanita bergelar isteri
mengajar semua ajaran Ilahi
supaya hidup sentiasa diberkati
bukan darinya kekayaan yang kucari
apatah lagi ketampanan yang kuimpi
aku sekadar mencari cinta yang suci
bagi meneruskan hidup di alam realiti
kesetiaanmu menjadi kunci
dalam kita melayari hidup sehari-hari
terlalu banyak kita di uji
pastinya rumahtangga bertambah seri
bila dirimu tiada disisi
aku menjadi resah sendiri
sudah pasti aku menghitung hari
kerana dirimu yang kunanti
hanya padaMu Tuhan aku memohon simpati
temukanlah aku dengan pasangan yang berbudi pekerti
kepada keluargaku sanggup dia berbakti
demi menjalankan tanggungjawab yang diberi
seandainya dia jodoh yang telah tersurat oleh Ilahi
aku menerima dengan senang hati
harapanku biarlah aku menjadi miliknya yang abadi
walau pelbagai rintangan harus dihadapi ♥♥♥MFI ---> ♥♥♥NAA
No comments:
Post a Comment